26.11.2012,Isnin - Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan program mengacau bubur Asyura bertempat di Surau Al Huda Taman Gemilang yang turut melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli PERSIAP dan kakitangan. Objektif utama program seumpama ini adalah untuk mengeratkan ikatan persaudaraan dan kerjasama yang erat dikalangan warga Pusat Pemulihan Akhlak Muar disamping menyemarakkan sambutan sambutan Maal Hijrah.